Cara Membina Perenggan Isi
Perenggan isi sangat penting kerana dapat memudahkan penulis menyampaikan idea-idea secara sistematik. Perenggan badan atau isi akan menjadi wadah pengembangan idea utama. Setiap perenggan pada perenggan isi akan mengutarakan satu topik atau judul atau ringkasnya satu isi sahaja. Perenggan isi merupakan perenggan yang menghuraikan isi bagi topik yang dibincangkan. Biasanya, isi yang pertama terletak pada perenggan yang kedua, isi yang kedua terletak pada perenggan yang ketiga, dan seterusnya. Dari segi isi, penulis dikehendaki menulis satu isi untuk satu perenggan sahaja. Walau bagaimanapun, penulis boleh mengemukakan isi-isi sampingan untuk memperkuat hujah atau huraian. Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi empat ayat dalam setiap perenggan, iaitu Ayat Judul (AJ), Ayat Huraian (AH), Ayat Contoh (AC), dan Ayat Penegas (AP).
FORMULA MEMBINA PERENGGAN ISI |
AJ + AH + AC + AP = AJAH ACAP |
Ayat Judul ialah ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan. Ayat judul juga biasanya mengandungi idea atau fakta terpenting dalam sesuatu perenggan, dan idea itu merupakan perkara yang diokuskan. Untuk memperjelas maklumat atau gagasan yang terkandung dalam ayat judul, pengembangan perlu dilakukan dalam bentuk huraian lanjut, bahasan perbincangan, data, atau contoh.
Ayat Huraian pula ialah huraian lanjut tentang isi utama yang dikemukakan yang bertujuan untuk memberikan penjelasan tentang perkara yang diperkatakan atau menyokong isi-isi utama.
Ayat Contoh pula ialah ayat-ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi yang diperkatakan yang bertujuan untuk memperkuat hujah. Sebagai contoh, penggunaan media sosial secara berlebihan seperti Facebook, Whatsapp dan Twitter menyebabkan ibu bapa lalai dan mengabaikan anak-anak mereka.
Ayat Penegas ialah ayat yang memberikan penegasan terhadap isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana seperti tegasnya, oleh itu, sehubungan dengan itu, pendek kata, dan sebagainya.
Jadual pengembangan isi/ idea bahagian perenggan isi.
Ayat Judul (AJ) | Pelajar perlu menulis kata kunci/ atau isi yang hendak ditulis dalam karangan (apa isi yang hendak diperkatakan). |
Ayat Huraian 1 (AH) | Ayat huraian isi. (Mengapa- tentang isi) pelajar perlu bijak memilih penanda wacana sesuai untuk memulakan ayat huraian 1. |
Ayat Huraian 2 (AH) | Ayat huraian isi seterusnya. (Bagaimana- isi tersebut berlaku atau terjadi) pelajar perlu bijak memilih penanda wacana sesuia untuk memulkaan ayat huraian 2. |
Ayat Huraian 3 (AH) | Ayat Huraian isi selanjutnya. (Kenapa- berkaitan keterangan isi selanjutnya) pelajar perlu bijak memilih penanda wacana sesuai untuk memulakan ayat huraian 3. |
Ayat Contoh (AC) | Ayat contoh- perlunya pelajar banyak membaca untuk megaitkan isi dengan contoh semasa (kematangan). Pelajar perlu bijak memilih penanda wacana sesuai untuk memulakan ayat contoh. |
*Unsur KBAT (Kemahiran berfikir aras tinggi) | Sebab dan akibat- jika berlaku (jika) tidak (kesannya) |
*Frasa menarik | Kebiasannya, pemeriksa akan tertarik apabila dapat mengesan frasa menarik yang ditulis oleh pelajar, sama ada peribahasa, kata-kata pemimpin, kosa kata menarik dan sebagainya. |
Ayat Penegas (AP) | Tegaskan semula isi tema, seperti menggunakan penanda wacana (konklusinya, jelasnya, tegasnya). Tulis semula isi yang difokus pada permulaan tema/isi yang difokus pada permulaan ayat judul perenggan pertama. |
Contoh karangan yang mengandungi Ayat Judul (AP), Ayat Huraian (AH), Ayat Contoh (AC), dan Ayat Penegas (AP).
TAJUK: USAHA-USAHA UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA.
(AJ) Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. (AH) Dengan cara itu anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patriotik yang tinggi. (AC) Sebagai contoh, para pemimpin perlulah selalu mengingkatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya sepenuh hati. (AP) Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila.
Penanda wacana isi dan perkembangannya.
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi menghbungkan sesuatu idea hujah dan pandangan seseorang semasa menulis karangan. Penanda wacana amat penting dalam sesbuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.
1. Isi pertama:
- Salah satu langkah yang signifikan ialah ...
- Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah
2. Isi yang seterusnya:
- Selain itu,
- Jika kita lihat / tinjau / kaji dari sudut / dimensi / perspektif yang berbeza, …
- Seperkara lagi,
- Pada masa yang sama,
- Meninjau dari skop yang lebih luas,
- Dari kaca mata yang lain,
- Di samping itu,
- Sementara itu,
- Lebih-lebih lagi,
- Seperkara lagi,
3. Penanda wacana MENGAPA
- Hal ini dikatakan / berlaku demikian kerana
- Hal ini berlaku / terjadi kerana
- Hal ini disebabkan oleh
- Hal ini wujud akibat daripada
- Hal ini bersangkut-paut dengan
- Hal ini berpunca daripada
- Hal ini tercetus apabila
- Hal ini timbul apabila
- Dalam konteks / hal ini
* * * ‘Hal’ boleh ditukarkan kepada senario / situasi / kemelut / masalah / fenomena
4. Penanda wacana CONTOH:
- Tamsilnya,
- Buktinya,
- Hal ini dapat kita lihat
- Misalannya,
- Contohnya / Sebagai contoh,
- Misalnya,
- Biar kita lihat/ Biar kita ambil contoh
- Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
- Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
5. Penanda wacana KESAN CONTOH
- Sehubungan dengan itu,
- Ekoran daripada peristiwa / isu itu,
- Rentetan daripada hal itu,
- Lanjutan daripada ....,
- Implikasinya / impaknya,
- Kesannya,
- Natijahnya,... (kesan negatif sahaja)
6. Penanda memulakan atau memasukkan PERIBAHASA
- bak / persis kata peribahasa, .......
- bak / persis kata peribahasa Melayu, ............
- bak / persis kata orang tua-tua, ...........
- bak / persis kata mutiara, .........
- bak / persis kata peribahasa, ............
- bak / persis kata cendekiawan, .............
- Hal ini sama dengan peribahasa ..........
- Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
- Fenomena ini dikatakan
- Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
7. Penanda wacana PENEGAS:
- Ringkasnya
- Tegasnya,
- Izharlah bahawa
- Sesungguhnya,
- Pendek kata,
- Jadi,
- Oleh itu,
Contoh idea isi bagi karangan usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di Malaysia.