Bahasa merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis. Penulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna mendalam dan juga mampu menyentuh perasaan. Pemilihan bahasa yang menarik mampu menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Oleh itu, terdapat terdapat beberapa elemen bahasa yang boleh dimasukkan karangan penulisan fakta terutamanya dalam karangan bagi pelajar Tingakatan 4. Antaranya adalah penggunaan penanda wacana dan penggunaan frasa yang menarik.
PENANDA WACANA
Setiap karangan perlulah mempunyai penanda wacana. Penanda wacana merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheren antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan.
Penanda wacana terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:
1. Menunjukkan pertautan dari segi kronolgi. | Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu. Sebagai contoh: - Lepas itu, - Lantas - Kini |
2. Memperjitu organisasi penulisan. | Berfungsi untuk mempertautkan hubungan bahagian wacana dengan bahagian yang lain. Selain itu, penanda wacana jenis ini berfungsi untuk memberitahu pembaca tentang apa-apa yang dibuat/ didedahkan pada bahagian tertentu. Sebagai contoh: - Sebagai kesimpulan -Tegasnya -Untuk merumuskan |
3. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain. | Terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu: 3.1 Menambah atau memperluas idea - dan - Selanjutnya - Di samping itu 3.2 Menunjukkan pertentangan fakta - tetapi - sebaliknya - walau bagaimanapun 3.3 Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat, tujuan- syarat - oleh sebab itu - dengan demikian - jadi |
FRASA MENARIK
Pemilihan frasa menarik yang sesuai dapat membantu penulis/ pelajar menghasilkan sebuah karangan yang menaik dan bermutu serta memberi gambaran bahawa penulis/ pelajar mempunyai kosa kata yang luas. Walaubagaimanapun, pemilihan frasa menarik perlu digunakan dengan teliti dan berhati-hati serta penggunaannya tidak terlalu banyak dalam sebuah karangan supaya isi karangan yang hendak disampaikan jelas dan tersusun.
Berikut merupakan antara contoh frasa menarik dalam karangan:
1. Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
2. Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
3. Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
4. Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5. Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
6. Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7. Alaf baharu - Masa terkini
8. Mutakhir ini - Pada masa kini
9. Seantero dunia - Seluruh dunia
10. Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
Berikut merupakan antara contoh kosa kata menarik yang digunakan dalam sebuah karangan:
1. aspek - segi, sudut, bahagian.
2. berbaur - bercampur, beraduk.
3. definisi - takrifan, pengertian.
4. elemen - bahagian, perkara, anasir.
5. lali tidak berasa apa-apa, tidak sedar.
6. manifesto - pendirian
7. maslahat - faedah
8. optimis - menaruh harapan baik.
9. stigma - keadaan.
10. wahana - saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan
dan sebagainya.
Sebagai contoh:
TAJUK KARANGAN:
USAHA-USAHA UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT PATRITIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI NEGARA KITA.
Seterusnya (penanda wacana) antara cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, "melentur buluh, biarlah dari rebungnya". (frasa menarik-peribahasa) |
Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu (frasa menarik) dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat. |