08 Jul
08Jul

Karangan boleh dianggap sebagai diri penulisnya. Tanggapan dibuat demikian kerana unsur-unsur yang membina karangan-perkataan, frasa, klausa dan ayat, idea atau isi serta pengetahuan atau pengalaman berpunca sepenuhnya daripada penulis. Untuk membina karangan yang baik haruslah diolah dengan mengembangkan isi iaitu menghuraikannya sambil mengemukakan bukti atau contoh yang sesuai. Untuk menghasilkan karangan yang baik, terdapat empat proses yang perlu pelajar aplikasikannya sewaktu membina karangan, iaitu:

1. Membaca semua soalan.

Pelajar perlu membaca semua soalan yang telah diberikan dengan berhati-hati kerana penulisan karangan fakta memerlukan pelajar untuk mengembangkan karangan dengan memberikan hujah-hujan dan bukti-bukti yang kukuh. 

2. Membuat pilihan dan perancangan.

Setelah memilih tajuk karangan yang dirasakan dapat dikuasi isi atau faktanya dengan baik, pelajar perlu mengetahui idea pusat karangan itu. Idea pusat ialah perkara atau isu yang ingin dibincangkan, atau idea keseluruhan, atau tema bagi karangan tersebut. Dalam kata lain, pelajar perly mengetahui kata kunci, iaitu kehendak sesuatu tajuk. Hal ini untuk memastikan pelajar menulis isi yang tepat dan mengelakkan pelajar daripada terpesong isi atau membina karangan yang terkeluar daripada tajuk.

3. Menulis karangan.

Selepas proses pertama dan kedua itu dilakukan, barulah pelajar menjalankan proses yang ketiga, iaitu proses yang paling penting sewaktu ingin membina karangan iaitu proses menulis karangan. Proese menulis karangan akan melibatkan pengolahan dan pengembangan isi karangan yang diperoleh dalam proses yang kedua. Proses ini yang paling rumit dan mencabar kebolehan, kemahiran dan pengetahuan pelajar. Oleh hal yang demikian, proses yang ketiga ini perlulah diberikan tumpuan utama kerana markah karangan pelajar akan ditentukan oleh proses yang ketiga ini. Seriap karangan harus mempunyai perenggan-perenggan tertentu iaitu perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup. Pelajar perlu membina satu perenggan sahaja bagi perenggan pendahuluan dan penutup. Bagi perenggan isi, jumlah perenggan bergantung kepada jumlah isi utama atau isi besar. Jumlah isi utama yang dianggap memadai untuk sesebuah karangan fakta bagi Tingkatan 4 adalah antara empat hingga lima. 

4. Membuat semakan. 

Setelah selesai membina karangan, pelajar perlu membuat semakan semula bagi memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda baca dan sebagainya. Pelajar juga perlu mengira jumlah patah perkataan bagi mengelakkan karangan yang dibina terkurang daripada skop patah perkataan yang telah diberikan. 


KRITERIA KARANGAN CEMERLANG

KRITERIA
KETERANGAN
IDEA RELEVAN DENGAN TUGASAN
ISI TEPAT DENGAN KEHENDAK SOALAN
PENGOLAHAN MENARIK
  • Pengenalan baik (sesuai dengan tajuk)
pengenalan menarik dan sesuai dengan tajuk.
  • Kaedah deduktif diaplikasi setiap isi atau perenggan
setiap ayat ditulis dan ayat huraian mantap beserta memberikan contoh dan fakta yang kukuh.
  • Penutup sempurna
terdapat beberapa ayatcadangan dan ayat harapan.
BAHASA MENARIK
  • ayat pelbagai 
penggunaan kaedah deduktif akan menyebabkan ayta dibina akan pelbagai.
  • fakta menarik
terdapat sekurang-kurangnya kata-kata hikmah, kata-kata tokoh dan sebagainya.
  • terdapat banyak istilah menarik
terdapat istilah terkini seperti implimestasi, kompromi dan sebagainya. 
EJAAN DAN TANDA BACA BAIKTIADA KESALAHAN EJAAN




VIDEO CONTOH TEKNIK MENULIS KARANGAN.


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING